Selera Ramadhan Citrasa Malaysia di OKAD SPace Bukit Jelutong Tidak Mengecewakan
Bila ibu saya mengajak untuk berbuka luar iaitu di OKAD Space Bukit Jelutong memang saya dah 'excited' sebenarnya. Masih terbayang menu buffet ramadhan yang pernah saya rasai sendiri di sana satu ketika dulu. Ini terutama lamb grill dan juga masakan kampung yang memang superb! Selain itu dekorasi di OKAD Space Bukit Jelutong antara tempat makan yang cantik dan selesa pernah saya kunjungi. Bertemakan dengan rona warna putih sarat dengan bunga-bungaan seolah say aberada didalam kawasan taman yang indah. Sekarang ini di bahagian luar dewan juga ada disediakan ruang makan. Secara tidak langsung nampak begitu luas tempat berbuka puasa di sini. 2022 merupakan tahun kedua OKAD EVENT SPACE ( OKAD ) dapat melaksanakan bufet Ramadan dengan norma baru. Untuk bufet Ramadan pada tahun ini bermula 07 April 2022 sehingga 29 April 2022. Pelbagai menu Cita rasa Malaysia yang dihidangkan semestinya lazat dengan menggunakan konsep stall yang unik dan akan membuat pengunjung rambang mata. Antara