Selera Ramadhan Citrasa Malaysia di OKAD SPace Bukit Jelutong Tidak Mengecewakan


Bila ibu saya mengajak untuk berbuka luar iaitu di OKAD Space Bukit Jelutong memang saya dah 'excited' sebenarnya. Masih terbayang menu buffet ramadhan yang pernah saya rasai sendiri di sana satu ketika dulu. Ini terutama lamb grill dan juga masakan kampung yang memang superb!


Selain itu dekorasi di OKAD Space Bukit Jelutong antara tempat makan yang cantik dan selesa pernah saya kunjungi. Bertemakan dengan rona warna putih sarat dengan bunga-bungaan seolah say aberada didalam kawasan taman yang indah.



Sekarang ini di bahagian luar dewan juga ada disediakan ruang makan. Secara tidak langsung nampak begitu luas tempat berbuka puasa di sini.

2022 merupakan tahun kedua OKAD EVENT SPACE ( OKAD ) dapat melaksanakan bufet Ramadan dengan norma baru. Untuk bufet Ramadan pada tahun ini bermula 07 April 2022 sehingga 29 April 2022. 

Pelbagai menu Cita rasa Malaysia yang dihidangkan semestinya lazat dengan menggunakan konsep stall yang unik dan akan membuat pengunjung rambang mata. Antara menu yang pastinya menambat hati  pengunjung ialah Nasi Serai Cik Bunga , Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga Dan Lamb Grill yang merupakan “signature dish" bagi Selera Ramadan kali ini. 

Sebahagian daripada hidangan yang ditawarkan seperti:-


Semuanya sedap, okie. Banyak sebenarnya makanan tidak berkesempatan say amengambil semua gambar :)

OKAD Event Space, Bukit Jelutong merupakan “one stop centre" bagi pelanggan untuk mengadakan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, ulang tahun , majlis hari jadi dan pelbagai lagi termasuklah mengadakan bufet ramadan bertemakan “Cita rasa Malaysia” yang pastinya membuka selera pengunjung. 

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan pakej bufet ramadan di OKAD Event Space, boleh menghubungi wakil jualan OKAD, kerana kini OKAD memberikan harga yang berpatutan kepada semua peringkat usia namun yang menariknya bagi pemegang Kad OKU boleh mendapatkan harga yang paling istimewa. Ini membuktikan bahawa OKAD amat prihatin kepada setiap masyarakat yang ada. Namun begitu , SOP (Standard of procedure ) yang ditetapkan oleh kerajaan tetap perlu dipatuhi. 

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi :

Cik Az +601-6864515 
Pn Majidah +6017-6503436 
Cik Aisyah +6013-2231179 
Pn Nana +6019-3117443 

IG : https://www.instagram.com/okad_event _space 
FB : OKAD EVENT SPACE 

#bufetramadan #Ramadanbuffet #bufetramadanshahalam #okadeventspaceshahalam #ramadan2022 #OKADEventSpacebukitjelutong 
#buffetramadanOKAD

Ulasan

Catatan Popular