KUNJUNGI PAVILION NEGERI SELANGOR DI MATTA FAIR 2022 HUJUNG MINGGU INI!



Berita baik untuk semua; pihak Tourism Selangor akan menyertai pameran pelancongan,

MATTA FAIR 2022 yang akan berlangsung pada 9 dan 10 April ini di Pusat Dagangan Dunia,

Kuala Lumpur (WTC). Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan pelbagai diskaun dan

tawaran hebat pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor dengan mengunjungi Pavilion Negeri

Selangor di Hall 3, 3237 – 3248 dari 9 pagi sehingga 7 malam pada Sabtu dan Ahad ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Tourism Selangor tidak melepaskan peluang menyertai

MATTA Fair edisi kali ini dengan disertai barisan operator produk pelancongan Negeri seperti

Farm in the City, Jumpstreet (M) Sdn Bhd, Wetworld Waterpark, Majlis Perbandaran Kuala

Selangor, Mitsui Outlet Park, Selangor Fruit Valley, Windlab Indoor Skydiving, MAEPS

Serdang, Discovery Park @ Gamuda Cove, Hos Komuniti Selangor dan Sky Mirror.




Pihak penganjur, Malaysia Association of Tour and Travel Agents (MATTA) menjangkakan

edisi MATTA Fair kali ini akan menarik seramai 50,000 orang pengunjung dalam tempoh dua

hari. MATTA Fair yang berkonsepkan “Consumer Fair” ini turut menyaksikan inisiatif promosi

pihak Tourism Selangor dalam mempergiat Kempen Pelancongan Domestik; “Pusing

Selangor Dulu!”.




MATTA FAIR 2022 juga membuka ruang kepada para penggiat industri pelancongan Negeri

Selangor untuk merancakkan kembali industri pelancongan serta meningkatkan jualan pakej-

pakej pelancongan Negeri ini. Tambahan pula, dengan sempadan Negara yang telah dibuka

sepenuhnya kepada pelancong antarabangsa, MATTA Fair dilihat sebagai landasan terbaik bagi

menembusi pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa.

Dengan fokus kepada segmentasi pelancongan eko, penyertaan ini juga dapat memberi peluang

kepada produk–produk pelancongan Negeri Selangor untuk memperkenalkan produk

pelancongan sedia ada dan terbaharu melalui pameran dan jualan secara terus kepada orang

ramai. Segmentasi pelancongan lain seperti pelancongan warisan, taman tema dan pengalaman

beli-belah turut diketengahkan di MATTA Fair 2022 bagi menonjolkan Negeri Selangor sebagai

destinasi pelancongan menyeluruh dan premier di Malaysia.

Merujuk kepada data statistik yang diperolehi oleh pihak Tourism Selangor, Negeri Selangor

menerima peningkatan jumlah kedatangan pelancong domestik sebanyak 4.7% pada tahun

2021 berbanding tahun 2020.







Pelancong dari Negeri Selangor sendiri menduduki tangga pertama jumlah kedatangan

pelancong domestik dengan 32.1%, diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 12.3%, Johor dengan

8.8%, Perak dengan 7.5%, dan Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan dengan masing-masing

menyumbang sebanyak 9%.




Hal ini menunjukkan prestasi memberangsangkan industri pelancongan Negeri ini dalam

menangani impak pandemik Covid-19 dan perkembangan positif Kempen “Pusing Selangor

Dulu!” yang memfokuskan kepada sektor pelancongan domestik Negara. Kempen yang

digerakkan di landasan digital -- laman sesawang rasmi dan laman media sosial rasmi Tourism

Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube semakin

mendapat perhatian ramai dengan penggunaan tandapagar #PusingSelangorDulu.




Adalah dijangkakan sebilangan besar pengunjung akan hadir ke tapak pameran Tourism

Selangor di MATTA Fair 2022, namun masih menitik-beratkan terhadap pematuhan SOP seperti

yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pihak Tourism Selangor

juga menyasarkan Negeri Selangor akan diangkat sebagai “Favourite Destination” di program

MATTA Fair edisi seterusnya yang akan berlangsung pada bulan September 2022.

Jadi, apa tunggu lagi; isi masa terluang anda hujung minggu ini, dan jangan lepaskan peluang

untuk #PusingSelangorDulu dengan mendapatkan pelbagai tawaran diskaun dan potongan

harga menarik hanya di Pavilion Negeri Selangor di MATTA Fair pada 9 dan 10 April ini! Jumpa

di sana!




Untuk informasi lanjut tentang produk dan tarikan pelancongan Negeri Selangor serta Kempen

Pusing Selangor Dulu; layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel.

Comments

Popular Posts