The Grand Oasis Seri Kembangan Pilihan Terbaik Untuk Sebarang Acara

Baru-baru ini saya berkesempatan ke pelancaran pembukaan secara rasmi The Grand Oasis di Seri Kembangan Selangor.  Dewan yang cukup luas ini menyediakan tempat acara untuk meraikan sebarang majlis dalam suasana mewah dan selesa.

Dewan ini mempunyai keluasan ruang hampir 10,000 meter persegi, boleh memuatkan sehingga 40 + 8 meja buffet, dengan setiap satu meja hanya 8 orang pax sahaja. Keluasan ruang hampir 10,000 meter persegi dan ianya boleh boleh memuatkan sehingga 44 meja buffet, dengan setiap satu meja hanya 8 orang pax sahaja.

Selain daripada lokasinya yang agak strategik  Dewan dua tingkat ini menawarkan 4 ruang yang boleh sewa untuk sebarang acara iaitu:-

✅GRAND BALLROOM



Dewan berkaca eksklusif dengan pemandangan sebelahnya di tepi tasik. Cantik dan luas, dipenuhi dengan kerusi dior mewah serta meja bulat atas bercermin.

Dekorasi didalam dewan memang tampil mewah menggunakan elemen lutsinar (cermin) dan dekorasi minimal yang astetik.

Selain daripada majlis perkahwinan, didewan ini juga sesuai untuk diadakan majlis pelancaran produk, pertunjukan fesyen dan sebagainya.

✅GARDEN WEDDING/LUAR DEWAN
Bagi yang mengimpikan majlis perkahwinan di taman. The Grand Oasis turut menyediakan ruang di bahagian luar di kawasan rimbunan pokok-pokok kehijauan. 

✅ROOFTOP/RUANG ATAS
Boleh diadakan majlis lebih esklusif di atas bangunan dengan kemudahan meja, kerusi,lampu dan pelbagainya disediakan oleh pihak The Grand Oasis.

✅THE DECK
Salah satu di kawasan luar dewan dengan pemandangan dermaga yang cukup cantik. 

Terdapat pelbagai pakej yang pakej yang ditawarkan di The Grand Oasis Seri Kembangan. NAtaranya seperti:-
  • Pakej Diamond - Main Ballroom
  • Pakej Sappire - Main Ballroom
  • Pakej Emerald - Main Ballroom
  • Pakej Crystal - Main Ballroom
  • Pakej Akad Nikah
  • Pakej Akikah
  • Pakej Outdoor Garden
  • Pakej Rooftop

Selain itu The Grand Oasis turut menawarkan pelbagai fasiliti bagi kemudahan tetamu yang hadir ke majlis pelanggan. Kemudahan ini terletak di tingkat 1 dan juga di tingkat bawah berdekatan dengan Main Ballroom.


Antaranya seperti tempat solat iaitu surau dan juga tandas. Ianya diasingkan mengikut kegunaan tetamu lelaki dan  perempuan.


Terdapat juga bilik mesyurat bagi membolehkan pelanggan membuat perbincangan dalam keadaan lebih seslesa dan kondusif.


Di tingkat atas disediakan ruang untuk majlis pernikahan, pertunangan atau majlis yang lebih esklusif. Di ruang ini boleh menmpatkan sehingga 100 orang sahaja.


Selain mini dapur, surau dan tandas disediakan di tingkat 1 ini. Turut disediakan bilik persalinan untuk rehat dan mekap kepada pelanggan (bakal pengantin).


Pentas utama untuk acara pelancaran, majlis persandingan dan sebagainya.


Ternyata The Grand Oasis Seri Kembangan antara pilihan terbaik untuk sebarang acara. Untuk pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi :-

Ulasan

Catatan Popular