Kempen Bra Drive “SUMBANG. SOKONG. KITAR SEMULA”


Neubodi, sebuah jenama tempatan pakar pakaian dalam, telah secara rasminya melancarkan kempen Bra Drive “SUMBANG. SOKONG. KITAR SEMULA” yang akan dijalankan selama sebulan sehingga 5 November, bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Antarabangsa.

Serahkan bra yang terpakai atau bra yang tidak dimahukan lagi ke “Bank Bra” di mana-mana cawangan Neubodi di serata negara dan pihak Neubodi akan menyumbangkan bra tersebut kepada golongan yang memerlukan. Golongan yang akan memperoleh manfaat daripada inisiatif SUMBANGAN ini adalah komuniti-komuniti di Malaysia, Kemboja, Nepal, India dan Afrika termasuk golongan yang hidup dalam kemiskinan, di mana bra merupakan barangan yang amat diperlukan – bagi tujuan keselesaan dan keyakinan diri.

Untuk memastikan tiada tekstil terbuang, bra yang tidak sesuai untuk disumbangkan akan diambil oleh rakan kempen iaitu Life Line Clothing. Dengan menggunakan teknologi tersendiri, bahan mentah seperti spandex, nilon, wayar besi dan plastik akan ditukarkan menjadi bahan bakar pepejal yang boleh diguna semula, yang biasanya digunakan untuk penjana dan  dandang perindustrian. Untuk pengetahuan semua, inisiatif “KITAR SEMULA” ini merupakan AKTIVITI pertama sejenis ini di Malaysia.
Kerjasama antara Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) dan Neubodi ini bermatlamat untuk meraih kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa kanser payudara tidak mengenal jantina, dan menekankan kepentingan pemeriksaan diri dan pengesanan awal sambil mengumpul dana bagi program “Hospital Angels” anjuran BCWA. Bagi inisiatif ini, pakar terlatih akan melawat pesakit kanser payudara yang baru didiagnosis dan membantu mereka mengharungi penyakit dalam persekitaran yang positif dan juga galakan untuk lebih cekal.

Dana yang terkumpul adalah menerusi konvoi basikal “Pedal Forward” Neubodi serta jualan eksklusif dari koleksi GO PINK sepanjang pelancaran pada hujung minggu yang lepas di Ground Floor - Highstreet Concourse, Pusat Membeli-belah 1 Utama. RM10 dari setiap pembelian PINK BRA pakan disumbangkan kepada BCWA.

“Sebagai sebuah jenama pakaian dalam terkemuka di Malaysia, kita dapat mendidik pelanggan kami serta orang awam tentang isu-isu kemasyarakatan yang penting, menerusi inisiatif yang sukar dilupakan sebagai sebahagian daripada Bra Drive SUMBANG.SOKONG.KITARSEMULA” kata Ms Anne Tan, Pengarah dan Pengasas Neubodi Holdings Sdn.Bhd. 

“Sambil kami terus meningkatkan kesedaran tentang kesihatan payudara, kanser payudara dan kepentingan pengesanan awal, kami juga menyediakan peluang untuk hidup yang lebih baik bagi para wanita yang kurang bernasib baik menerusi kutipan Bank Bra Bank kami. Saya dan pasukan saya berbangga dapat melakukan semua ini, dan kami bangga dengan kerjasama sekian lama terjalin dengan BCWA.”

Kejayaan kempen Bra Drive SUMBANG. SOKONG. KITAR SEMULA. Neubodi ini telah dijayakan dengan sokongan daripada rakan strategik kami Excel SLA (M) Sdn.Bhd dan 3 Gorgeous Network. Bra Drive Neubodi kini telah dianjurkan buat tahun kelima dan sehingga kini telah berjaya mengumpul enam tan bra. Melalui usaha “menerajui inisiatif kebajikan wanita”
Neubodi Holdings Sdn.Bhd telah menerima Anugerah KPWKM CSR Malaysia (Kategori SME) pada Julai 2017.

Menurut Institut Kanser Negara Malaysia, lebih kurang 5,000 wanita Malaysia didiagnosis dengan kanser payudara setiap tahun, dan hampir separuh daripada jumlah tersebut terdiri daripada mereka yang berumur 50-tahun ke bawah. Kurang daripada 72% pulih daripada penyakit ini, kerana lawatan doktor hanya dilakukan setelah simptom semakin parah – di mana kanser tersebut telah pun merebak.
Untuk meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan pengunjung 1Utama, klinik gerakan BCWA – dilengkapi dengan alat sokongan dan pengesan awal bagi pemeriksaan klinikal payudara, dan gerai khusus yang menawarkan sesi kaunseling bagi pemeriksaan payudara sendiri menggunakan model silikon khas, telah ditubuhkan. Pakar onkologi serta golongan profesional dalam bidang kesihatan dari Tropicana Medical Centre turut berada di sana untuk membantu orang awam dalam memahami kanser payudara dengan lebih lanjut dan menjalankan pemeriksaan kesihatan asas di tempat acara berlangsung.

Ketika merasmikan acara pelancaran hari ini, Yang Bahagia Dato’ Dr. Siti Norlasiah binti Ismail, Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengucapkan tahniah kepada kerjasama antara Neubodi dan BCWA, dan turut memuji mereka atas usaha mereka dalam meningkatkan kesedaran awam tentang kanser payudara dan kesihatan payudara. Acara penting hari tersebut termasuklah sumbangan rasmi cek bernilai lebih daripada RM60,000 kepada BCWA daripada inisiatif “Pedal Forward” Neubodi.
Pada pagi tersebut, seramai lebih daripada 100 orang penunggang basikal telah mengayuh sejauh 18km, setelah secara peribadi mengumpul dana selama sebulan sebelum acara. Dana telah dikumpulkan menerusi MyStartr – sebuah platform sumber dana awam, menjadikan ini program pertama di Malaysia yang melakukan sedemikian.


“BCWA terharu dengan Bra Drive Neubodi ini yang tertumpu kepada masyarakat, kerana ia membantu kami mencapai audiens yang lebih luas dalam usaha bergabung kami untuk menentang kanser payudara,” kata Ranjit Kaur, Presiden, BCWA. “Sokongan awam dan swasta sebegini membolehkan kami untuk meneruskan misi kami untuk meningkatkan kualiti hidup bagi lelaki dan wanita yang menghidap kanser payudara dan untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tentang kanser payudara dan kesihatan payudara.”

Acara perasmian tersebut telah dihadiri oleh para selebriti seperti Amber Chia, Agnes Wang, Carrie Lee, Jan Chia, Lavin Seow dan Thanuja Ananthan, serta figura awam seperti Puan Sri Dato’ Akmal yang juga merupakan Penaung bagi Penyakit Tidak Berjangkit, Alvin Lim – pengayuh tangan paralimpik negara pertama Malaysia dan pemenang pingat emas sebanyak dua kali, serta pereka fesyen Key Ng. Ada di antara selebriti-selebriti ini turut mengambil bahagian dalam kayuhan Pedal Forward. Program kesedaran awam Neubodi, yang berakhir pada hujung minggu ini, merupakan acara dalaman dengan rakan acara lain serta penyewa pusat membeli-belah mengadakan aktiviti-aktiviti dari flash mob, sesi dandanan, pembuatan kraf tangan sehinggalah ke seni pin, perbincangan tentang penjagaan alam sekitar, sesi makan bertema, dan photo booth.
Maklumat lanjut tentang Bra Drive “SUMBANG.SOKONG.KITAR SEMULA” Neubodi 2017, yang bakal berakhir pada 5 November, boleh didapati di laman Facebook Neubodi, www.facebook.com/neubodi atau laman webnya di www.neubodi.com

Ulasan

Catatan Popular