NOF 5 Best Giler!

Nights of Fright 5 kembali lagi. Untuk tahun kelima, Sunway Lagoon menganjurkan acara ini dan pastinya ianya menjadi salah satu tarikan pengunjung untuk ke Sunway Lagoon. Dan saya sendiri tidak pernah 'miss' untuk masuk dan melihat sendiri hantu-hantu yang bakal berkeliaran di Sunway Lagoon sepanjang bulan Oktober ini.

Acara Nights of Fright 5 bermula dari 7-31 Oktober 2017, setiap Jumaat sehingga Ahad bermula 7.30 malam - 11.30 malam. Untuk tahun ini sebanyak 8 rumah hantu, 5 'scare zone', 11 'thrill rides' dan 4 persembahan pentas bakal menghantui pengunjung-pengunjung NOF 5!

Besar juga jika dilihat kepada kawasan-kawasan berkeliaran hantu di Sunway Lagoon bersempena dengan NOF 5. Setiap rumah hantu dan 'zone scares' mempunyai hantu yang berbeza. Dan paling menarik nama dan kawasan hantu berkeliaran itu adalah inpsirasi dari kisah seram yang berlaku di dunia.

Antara port yang wajib bergambar bila datang ke sini, hehehhe. 

Sedikit informasi kisah hantu yang menjadi inspirasi kepada NOF 5!


THE ISLAND OF THE DOLLS
Gambar ini adalah The Island of Dolls di Mexico ;p

Taman replika terkenal yang menjadi tarikan pelancong di Mexico kerana satu bencana tragis. Satu kisah di satu pulau yang suram lagi menyeramkan, paya paya di daerah Xochimicoberhampiran Mexico City telah menjadi tarikan pelancong yang paling menakutkan. Walau bagaimanapun , pulau seram ini tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi perhentian pada jadual perjalanan percutian pelancong. Pulau Anak Patung yang didedikasikan khas untuk seorang gadis kecil yang malang.
Dolls Island (Isla de las Mangaburu ) yang terletak di terusan selatan Mexico City merupakan sebuah rumah yang menakutkan sejak dahulu lagi.Jika melalui berhampirannya kita boleh melihat anak-anak patung yang menyeramkan digantung berhampiran rumah terbabit. Kelihatan anggota badan mereka dicerai-ceraikan dan dipancung kepala menghiasi pokok, pagar dan hampir setiap permukaan. Asal-usul pulau itu mempunyai tragedi yang amat sadis.Kisahnya - Don Julian Santana, telah menemui mayat seorang kanak-kanak lemas dalam terusan sekitar 50 tahun yang lalu.Sehingga kini ia dihantui oleh kematian itu, dan setiap kali apabila dia melihat anak patung terapung di terusan, ia diambil dan digantung di pohon untuk membantu roh gadis itu. Beliau berharap dapat menenangkan roh yang terseksa dan melindungi pulau dari kejahatan. (Kredit cerita: https://pag-paranormal.blogspot.my)

OUIJA kisah papan dan pemain yang yang memanggil roh di loteng yang misteri dan terbengkalai milik Encik E.J. Rumah Esquire. Suasana malam yang penuh mistik dengan kehadiran hantu-hantu yang berkeliaran menjadikan kawasan ini benar-benar menakutkan.

Ada satu pepatah bahawa "when you die, everything grows dark around the edges until there was
only darkness". Siapkan diri anda dengan kematian pada DAY OF THE DEAD IN 3D di mana anda akan merasai di kelilingi kehidupan roh yang dah mati. T

Berada di zon DYSTOPIA kita akan mendengar dan melihat pesakit-pesakit yang sedang mengerang kesakitan, melarat. Kisah tentang pesakit yang dibiarkan mati berdarah-darah di atas katil, dan ini adalah berdasarkan satu kisah yang pernah didengar pada tahun 2147.

Jerit GHOSTBUSTERS semasa anda berada di Scream Park yang menempatkan lokasi hantu yang terkenal seperti Aldridge Mansion dan Seward Street Subway. Hantu di Asia yang cukup popular iaitu PONTIANAK vs POCONG, pertempuran antara kisah seorang kekasih yang kembali menjadi pontianak dan suami yang tidak setia sebagai seorang Pocong.

Di NOF 5 kita dapat bertemu dengan watak-watak filem yang menakutkan antaranya seperti ZOMBIE APOCALYPSE! Tanag yang dimiliki oleh golongan zomibie yang sentiasa akan menyerang manusia kerana dahagakan darah merah!

Mengingati kembali mimpi buruk zaman kanak-kanak anda dengan watak-watak filem seram ikonik di HORRORWOOD BOULEVARD. Selain itu kita bakal berhadapan dengan ZOMBIE PIRATES, samada kita dapat bertahan dengan sumpahan laut yang telah dikenakan.

FOREST OF FEAR, antara kawasan yang bagi saya agak seram. Selain daripada kita harus melalui kawasan ala2 seperti hutan, terdapat juga batu-batu nisan dan kemunculan pocong serta pontianak pada bila-bila masa sahaja. 

Kisah seram Penjara Pudu? Kita dapat merasakan bagaimana perasaan banduan terakhir di saat  mereka sebelum ke tali ganting di Judgement Jail!

Paling menarik (highlight of the event) perarakan MARCH OF THE UNDEAD, perarakan dengan watak-watak yang menakutkan dan boneka-boneka yang dihiasi dengan bendera kertas Mexico
dan dikatakan di Mexico ianya adalah acara menghormati orang mati.

So,menarikkan kisah hantu di NOF 5 :-)
Untuk tahun kelima saya dan keluarga famili jejak kaki di sini. Seriously, pendapat peribadi saya ianya tetap menarik dan unik. Jom layan gambar-gambar Anaqi sempanjang berada di NOf 5 Sunway Lagoon (kredit : Dedet photographer gegeh)



Unikkan bekas minuman di sini, heheheheh















Ni antara hantu yang cantik, hahahahha

Peringatan acara ini adalah untuk 12 tahun ke atas ya!

Jangan lupa kongsikan pengalaman anda di NOF 5 di sosial media Sunway Lagoon dengan hashtag berikut ya... #SunwayLagoonMY  #SunwayLagoonNOF5 :-)

Keterangan lanjut:
03 5639 0000

Jangan selubungi diri anda dengan misteri...........gitchew hahahahahahahaha (pontianak mengilai)

write up: my mom (www.ayuarjuna.blogspot.my)

Ulasan

Catatan Popular