GBWHSA'S MAJLIS IFTAR AMAL

Hotel Grand BlueWave Shah Alam (HGBWSA) untuk sekian kalinya berpeluang
berkongsi kemanisan Ramadan bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan
Telaga Kasih Selangor dan Pusat Baitul Ulfah, rakan penaja dan rakan media/blogger
dalam satu program amal khas tahunan ‘Majlis Iftar Amal’ di Café Borak-Borak. Program
ini telah diadakan pada 29 Mei 2017.
 
“Alhamdulillah, kami rasa sungguh bersyukur dan berbesar hati kerana
berpeluang meneruskan lagi program murni ini. Selain sebagai tanda prihatin sosial
korporat kami buat insan-insan istimewa, kami juga berharap ia mampu menyubur
mahabah dan ukhuwah sesama kita apatah lagi di bulan penuh berkat. Tambah
istimewa, program ini adalah menjadi tradisi HGBWSA yang wajib diadakan pada bulan
Ramadan. Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi ikatan bersama dengan rakan
penaja, media dan blogger yang prihatin.” Ujar Tuan Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim,
Pengurus Hotel HGBWSA.
 
Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-
aluan daripada Tuan Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim. Majlis diteruskan dengan acara
penyampaian duit raya dan cenderamata kepada anak-anak yatim yang disampaikan
oleh Tuan Hj Ghazali Sayed Ibrahim, Pengurus Hotel.
 
 
 
 
 
Acara disusuli dengan sesi bergambar bersama anak yatim, rakan penaja dan
rakan media/blogger. Tambahan itu, terdapat juga persembahan nasyid oleh Pusat
Baitul Ulfah yang dibawa khas oleh Yayasan Ikhlas bagi memeriahkan lagi program ini.
Majlis ini turut mendapat sokongan penajaan oleh Yakult dan Dr. Azimuth Spa.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap tetamu sambal menikmati juadah
berbuka puasa yang dihidangkan istimewa oleh pihak hotel. Sebelum pulang, anak-anak
yatim turut dititipkan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.
 

 
 
 

Ulasan

Catatan Popular