Dari Laut Ke Meja Makan | Konsep Menarik di Restoran Hotel Apps Kuala Selangor

 

Apps Hotel bukan sahaja menjadi pilihan penginapan bagi pengunjung luar di Kuala Selangor bahkan di restorannya jug amenawarkan hidangan Seafood Cajun dengan harga promosi yang cukup menarik.

Hotel ini mula dibuka pada tahun 2013, menyediakan pelbagai jenis bilik penginapan dan juga ruang dewan untuk acara tertentu dengan pelbagai jenis kemudahan yang ada.





Di restoran Hotel Apps ini memperkenalkan Seafood Cajun yang didatangkan dengan 4 pilihan hidangan. Antaranya seperti Asam Pedas, Butter Lemon, Kam Heong dan Original Cajun BBQ. KIta boleh membuat tempahan mengikut pilihan hidupan laut yang segar-segar samada  ala carte atau dalam versi 'Sizzling'.  

Hidangan ini akan dihidangkan di atas meja dan anda boleh menikmatinya menggunakan tangan ataupun menyarungkan tangan anda dengan plastik


Lain-lain menu sampingan seperti Cheezy Fries Perancis yang baru, Honey Chicken Wings, Calamari dan banyak lagi.  Selain itu terdapat juga Banana Split, Signature Coconut Prawn, ikan kukus nyonya, Kangkung goreng ranggup bertepung dan Homemade Pandan Chicken.

 Ni adalah senarai harga dan menu Cajun Seafood yang ditawarkan. Harga ditawarkan bermula dari Rm 39.90+

Selain itu turut disediakan ruang letak kereta yang mencukupi, kemudahan surau, kerusi bayi dan juga restoran ini boleh memuatkan 700 pelanggan dalam satu masa. Untuk Hotel  Apps pula menawarkan 100 hotel bilik dengan lokasinya begitu strategik kerana terletak di persekitaran pusat komersial Kuala Selangor. Ianya hanya mengambil masa 45mins sahaja  pemanduan dari Lembah Klang dengan menggunakan Expressway KL-Kuala  Selangor(LATAR Expressway). .


Untuk keterangan lanjut boleh layari:-

Apps Hotel, 
12, Jalan Semenanjung Utama 1, 
Peninsula Park, 45000, Kuala Selangor, 
Selangor Darul Ehsan. 

Anda juga boleh membuat tempahan dengan menghubungi restoran di talian 03-32772172

Ulasan

Catatan Popular