Scott’s Bright Little Explorers selami dunia bawah laut di Aquaria KLCC

Program ‘Scott’s Bright  Little  Explorers’ di aquariaKLCC mengumpulkan kanak-kanak berusia  6  hingga 12 tahun yang mana ianya program bermalam di Aquaria KLCC yang dinamakan ‘Tidur Bersama Jerung’ (Sleep With Sharks). Acara  bermalam  itu membolehkan  peserta mengambil  bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan, termasuk sesi memberi makan kepada jerung, memerang laut dan ikan piranha, bertemu penyelam aquaria KLCC dan juga lebih mengenali dunia bawah laut.





“Program Scott’s Bright Little Explorers ialah projek berterusan yang berusaha menyemai sifat ingin  tahu  dalam kalangan  kanak-kanak  menerusi aktiviti pendidikan di pelbagai  lokasi. Manusia dikatakan baru meneroka tidak lebih daripada 5% daripada seluruh kawasan lautan setakat  ini dan  kami  percaya aquariaKLCC akan  mencetus keinginan kanak-kanak untuk belajar secara lebih terperinci tentang dunia bawah laut dan penghuninya,” kata Venaig Jegou, Pengarah Pemasaran    Kawasan, Kesihatan Oral dan Nutrisi,  Asia Tenggara, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare.“

"Di samping itu, peluang keemasan untuk bermalam di aquariaKLCC menawarkan pengalaman unik untuk belajar tentang hidupan marin dan tingkah laku mereka pada waktu malam kerana kanak-kanak ini pada hakikatnya berpeluang untuk tidur bersama jerung!” kata Venaig. “

"aquariaKLCC berbangga untuk berganding bahu dengan Scott’s dalam Program Bright Little Explorers dan  memberikan  pengalaman  lautan  unik  kepada kanak-kanak  ini yang  boleh memberi  inspirasi  kepada  mereka  untuk  belajar  lebih  lanjut  tentang pemuliharaan  lautan, pendidikan dan etika lautan. Kami berharap menerusi pengalaman ini, kanak-kanak didorong untuk menceburi bidang sains, dan juga biologi marin,” kata Daryl Foong,  Ketua Jabatan Pemasaran dan Jualan, aquariaKLCC.
Info: Scott’s sebenarnya telah melancarkan program Bright Little Explorers pada tahun lepas bersempena pelancaran Scott’s DHA Gummies. DHA atau Asid DokosaHeksaenoik ialah asid lemak Omega 3 yang memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak dan penglihatan yang sihat.

Ulasan

Catatan Popular