Majlis Perjanjian Usahasama Jakel dan YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abdul Aziz Ahli Parlimen Tanah Merah | Penyerahan Sumbangan 60,000 Pasang baju Raya


Satu majlis menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju melayu kepada pengundi Parlimen Tanah Merah Kelantan diantara YB Dato' Haji Ikmal Hisham Abd Aziz (ahli Parlimen Tanah Merah) dan pihak Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd.

YB Dato' Haji Ikmal hisham berbesar hati untuk menyumbangkan 60,000 pasang baju kepada pengundi di kawasannya ( yang telah mendaftar sehingga Mac 2017)  dengan harapan penduduk setempat akan lebih gembira selain daripada membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Jika dilihat kepada kualiti dan rekaan yang disediakan oleh pihak Jakel memang terbaik. Pastinya setiap pengundi pasti berbesar hati, ini kerana mereka boleh memilih warna, saiz dan rekaan yang mereka inginkan. Untuk wanita melayu akan diberikan baju kurung dan lelaki melayu akan menerima sepasang baju melayu. Manakala untuk wanita bukan melayu akan menerima kain pasang dan lelaki bukan melayu akan mendapat kemeja berlenggan pendek.

Contoh rekaan baju khas buat pengundi kawasan Parlimen Tanah Merah seperti gambar dibawah;



Untuk koleksi pakaian wanita. Pilihan pelbagai warna, saiz dan rekaan.

Baju melayu lelaki. Model yang begitu segak dalam persalinannya.
Kemeja lenggan pendek buat pengundi lelaki bukan melayu.

Moga kolabrasi antara Jakel dan YB Dato' Haji Ikmal Hisham Abd Aziz (ahli Parlimen Tanah Merah) sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan buat penduduk Tanah Merah.

Proses pemberian sumbangan baju raya ini akan dilakukan secara berperingkat yang bakal bermula pada 10 Ramadhan sehingga 15 Syawal 2017. Ini bagi memastikan penduduk yang berada di luar daerah masih sempat untuk membuat penebusan, memandangkan rata-rata daripada mereka akan balik kampung pada tarikh berdekatan dengan tarikh Hari raya.



Untuk tahun ini Jakel telah menyediakan pelbagai rekaan serta jenis fabrik berkualiti tinggi. Antara duta Jakel bersempena dengan koleksi lebaran tahun ini ialah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 ikon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

Ulasan

Catatan Popular