3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan

Selepas kejayaan dua kempen ‘Minggu Minum Air bagi tahun-tahun sebelum, 3M ingin terus menggalakkan tabiat meminum air secukupnya buat tahun ketiga berturut-turut. Bekerjasama dengan 11street, salah sebuah pusat membeli belah dalamtalian terbesar di Malaysia, 3M menekankan kepentingan tabiat untuk kekal hidrat melalui penganjuran klinik badminton untuk rumah kebajikan yang diadakan di SJK(C) Choong Wen yang disertai 35 kanak-kanak dari Rumah Victory Children & Youth Home dan Pure Life Society.


Minggu Minum Air adalah idea yang dicetuskan oleh 3M dan dimulakan pada 2015 melalui
satu kempen mendidik generasi muda di Tadika Julia Gabriel Centre, Petaling Jaya. Setahun
selepas itu, kami memutuskan untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia dalam kempen ini
dengan memperkenalkan Minggu Minum Air kepada pelanggan di pusat membeli-belah
1Utama, Petaling Jaya. Tahun ini, harapan kami adalah untuk mengekalkan penglibatan orang
ramai dalam kempen ini dan dalam masa yang sama membantu golongan kurang bernasib
baik," kata Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia. "Selain mempromosikan
manfaat meminum air bersih, kami juga menyasarkan untuk menyambung silatulrahim serta
memperbaiki hubungan antara komuniti di Malaysia. Kerjasama dengan 11street dalam
menganjur klinik badminton pada hari ini menjalinkan hubungan dengan golongan kurang
bernasib baik, menyumbang semula kepada masyarakat dan memberi pemahaman mengenai
kelebihan meminum air yang bersih. 


Dengan kepakaran lebih 75 tahun dalam bidang penapisan, 3M komited untuk terus menggalakkan peminuman air bersih dan ditapis.& Bruce Lim, Naib Presiden Bahagian Perdagangan 11street berkata: "Kami berbesar hati dapat
berganding bahu dengan 3M untuk kali kedua melalui inisiatif tahunannya iaitu 'Minggu Minum
Air'. Kami yakin klinik badminton ini adalah cara berkesan untuk membantu mereka yang
kurang bernasib baik dengan membawakan sukan kegemaran Malaysia. Melalui klinik ini, kami
bukan sahaja dapat memberi pemahaman kepada mereka mengenai kelebihan tabiat meminum
air secukupnya malah ia juga memberi peluang untuk kami menyumbang kepada badan
kebajikan. Latihan badminton kepada golongan kurang bernasib baik


Badminton, salah satu sukan paling digemari di Malaysia, merupakan sukan yang bertenaga
dan memerlukan ketangkasan serta stamina tinggi. Di sebalik keseronokan bermain badminton,
ia mengeluarkan banyak peluh yang boleh mengakibatkan badan kehilangan cecair dan
menyebabkan dehidrasi. Tanpa penghidratan yang betul, apa-apa jenis sukan juga akan
menyebabkan keletihan. Inilah sebab mengapa pengambilan air adalah penting untuk kekal
sihat dan mengekalkan fungsi setiap sistem dalam badan seseorang termasuk jantung, otak
dan otot. 

Semasa menunjukkan pergerakan asas dalam sesebuah permainan badminton, jurulatih
badminton Muhammad Hafiz Hashim mengingatkan kanak-kanak dari dua badan kebajikan
tersebut mengenai kepentingan untuk kekal hidrat. Turut hadir dalam sesi latihan tersebut ialah
Kenichi Tago, pemain badminton dari Jepun dan Jansen Yeoh, jurulatih ketahanan dan
kesihatan.

Yeoh juga berkongsi tips kesihatan semasa program tersebut: "Penting untuk anda kekal hidrat
sepanjang hari bagi memastikan badan anda mendapat jumlah air yang diperlukan untuk
berfungsi pada tahap optimum. Air adalah sumber paling terbaik untuk penghidratan kerana ia
tidak mengandungi gula atau karbohidrat, dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan
dahaga.

Rekaan bergaya hiasi dapur anda Semasa klinik badminton tersebut, 3M Malaysia turut memperkenalkan produk berteknologi tinggi terbaru keluaran syarikat itu - 3M Countertop Drinking Water System CTM-02. Penapis air CTM-02 tersebut mempunyai kadar aliran air yang tinggi sehingga 2.8 liter seminit, mampu mengisi 14,000 gelas air dan didatangkan dalam rekaan futuristik yang boleh dipasang dengan mudah. Salah satu komponen utamanya - Sanitary Quick Change (SQC) – membuktikan betapa mudahnya untuk menggantikan kartrij penapis dalam hanya 10 saat. Ia juga dilengkapi penunjuk jangka hayat kartrij, yang membolehkan pelanggan memeriksa sama ada kartrij perlu ditukar. Kartrij penapis CTM-02 diuji dan disahkan oleh standard 42 dan 53 NSF. Pelanggan boleh 'Yakin dengan Setiap Titisan' kerana penapis air 3M telah disahkan selamat secara saintifik.Produk istimewa 3M di 11street telah dilancarkan bersempena Minggu Minum Air dengan tawaran hebat yang boleh didapati di 11street.

Tawaran ini berbentuk baucar diskaun 15% yang boleh dimuat turun untuk digunakan di e-kedai
3M. Bulan Mei juga akan dikenali sebagai 'Bulan 3M' kerana promosi ini sah sepanjang bulan tersebut. Selama dua minggu, penapis air 3M Countertop Drinking Water System CTM-02 akan dipaparkan di 11street bersama-sama penapis air lain yang ditawarkan 3M. Promosi istimewa
juga akan diberikan untuk jenama lain keluaran 3M seperti 3M AutoFilm, 3M Auto Care, Scotch-
Brite™, Command™ dan banyak lagi.

Kami gembira untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama kerana ia memberikan kami
peluang untuk mengembangkan lagi tawaran produk, khusus untuk kemudahan pelanggan
semasa membeli-belah. Dengan lebih 10 juta produk dan lebih 30,000 penjual dalam platform
kami, 11street teruja untuk bekerjasama dengan 3M bagi menawarkan lebih banyak produk
berkualiti tinggi kepada semua lapisan rakyat Malaysia," tambah Lim. 3M dan 11street menyokong kebajikan melalui e-dagang


Program kebajikan yang dianjurkan 3M dan 11street turut digerakkan melalui pengenalan
permainan batu, kertas dan gunting dalam bentuk digital yang menyasarkan penglibatan
150,000 rakyat Malaysia. Pemain yang meluangkan lebih banyak masa dalam permainan
tersebut akan membantu menyumbang bekalan kartrij penapis air sehingga lima tahun kepada
Rumah Victory Children & Youth Home dan Pure Life Society. Peserta permainan itu turut
berpeluang memenangi 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 sebagai ganjaran ke
atas usaha mereka.

Parameswaran berkata: “Sebagai penyokong utama kepada tabiat baik meminum air bersih dan
bertapis, kami rasa adalah wajar untuk menggunakan produk 3M sendiri bagi menyokong
kempen bermanfaat ini melalui program kebajikan yang diadakan. Permainan ini direka supaya
orang ramai dapat turut menyertai Minggu Minum Air dengan cara yang interaktif dan
menyeronokkan. Jadi, kami menggalakkan lebih ramai orang Malaysia untuk mengambil
bahagian dalam permainan ini supaya kami mampu membantu golongan kurang bernasib baik
dan membekalkan mereka dengan lebih banyak kelengkapan yang memberikan akses kepada
air minuman bersih, terus daripada paip.& 3M Countertop Drinking Water System CTM-02 dijual pada harga RM1,180 dengan jaminan selama setahun.

Untuk pertanyaan mengenai Penapis Air 3M, sila layari www.3M.com.my/water. Sila layari
http://promotion.11street.my/2017/05/3m-charity- project untuk promosi di 11street, meyumbang
kepada kebajikan secara dalam talian dan juga membeli penapis air yang baru dilancarkan ini
serta produk 3M yang lain.

Ulasan

Catatan Popular