NOF6 Kembali Dengan Lebih Seram di Sunway Lagoon

Tahun ini merupakan tahun keenam Night of Frights(NOF6) dianjurkan di Sunway Lagoon. Setiap tahun, kehadiran hantu mereka tidak mengecewakan. Sepertimana yang kita ketahui setiap watak hantu yang cukup terkenal dikalangan masyarakat dunia.


Untuk tahun 2018 acara NOFL6 akan bermula dari 28 September sehingga 31 Oktober 2018.  Antara tarikan NOF6 ialah Wendigo – The Legend In The Mist, Phobia: Coulrophobia – The Fear Of Clowns, Slaughterhouse 13, Scarytales Theater, Horrorwood Studios Wax Museum Of Monster, Ghost Face – The Face To Make You Scream In UV3D, JAMPI, Enclave Of Torture.



Setiap zon hantu NOF6 sememangnya mempunyai kisah lagendanya yang tersendiri. Satu kisah yang pastinya menjadi bualan masyarakat dunia.


Wendigo – The Legend In The Mist- Kawasan yang dikatakan cukup terkenal dengan mitos raksasa. Dikatakan  Wendigo ini adalah roh kejahatan karnibal yang dahagakan darah manusia. Tidak kira banyak mana mereka menghirup darah manusia, mereka akan sentiasa terus berasa lapar dan dahagakan darah manusia. They are hungry. For you.

 Phobia: Coulrophobia – The Fear Of Clowns -Clown! Mereka sentiasa berada didalam ingatan anda. tiba-tiba teringat filem IT, hehehe. Kita rasakan clown akan membuatkan kita rasa bahagia dan gembira. tetapi di NOF6 ianya adalah clown yang cukup psiko kerana membunuh!


 Slaughterhouse 13 -Melawat rumah penyembelihan Chan yang dikatakan ditutup lama setelah ianya terbiar selepas salah seorang pekerjanya Lee Lee Chong  menemui satu tubuh yang tak bernyawa tergantung di dalam peti sejuk beku. Ianya juga dikaitkan dengan misteri kehilangan Calvin Chan darah daging yang telah dibuang oleh keluarga sendiri.

Keberanian anda akan teruji dengan kehadiran 'apocalypse' di Zombie Zoo. Berkeliaran binatang zombie yang tidak boleh dikawal. kita juga boleh menyaksikan kisah-kisah hantu melalui video di SCARYTALES.

Seperti Hollowen di New York! Di mana perkhidmatan GHOSBUSTERS diperlukan untuk menangkap hantu-hantu di bandar. Begitu juga dengan HORRORWOOD STUDIO WAX MUSEUM OF MONSTERS yang akan menemui karektor hantu paling seram yang pernah ditayangkan di filem. Di zon JAMPI pula kita akan bertemu dengan Ahli Sihir Salim, Dukun Melayu, Bomoh India dan Cina. Dan ketakutan juga akan menguasai di ENCLAVE OF TORTURE yang mana disini berlakunya tempat penyikasaan yang kita akan lihat mereka dengan wajah yang menakutkan penuh penyiksaan.







Jom jumpa mereka-mereka ini di NOF6 Setiap Jumaat hingga Ahad yang bermula pada 28 Spetember 2018 sehingga 31 Oktober 2018, bermula dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam. Dan ianya hanya dibenarkan untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas. Harga tiket adalah RM69 sahaja.

Keterangan lanjut boleh layari:-

Ulasan

Catatan Popular