Lakonan Rajinikanth didalam Filem Petta Memang Ohsem


 Mungkin saya tidak berapa kenal dengan Rajinikanth ini. Tapi nama beliau cukup dikenali terutama mereka dikalangan golongan usia ibu saya (hehehehe, sebenarnya ibu saya tak adalah tua sangat. Tapi memang peminat pelakon Rajinikanth ni sejak dulu). Jadi bila saya dapat tahu ada cerita baru lakonan Rajinikanth, saya terus mengajak ibu saya untuk menonton sama. (Happykan dia, kita pun bahagia :P ).

Bagi saya yang telah menonton filem Petta baru-baru ini. Biarpun bukanlah peminat filem tamil yang tegar namun jalan cerita dan lakonan hebat dari semua pelakon yang terlibat tidak mengecewakan. Apatah lagi sinemografi yang dipertonjolkan memang cantik giler! Gimmick dan bunyi pun memang terbaik, sentiasa ada suasana suspen yang buat kita tertunggu-tunggu. Begitu juga dengan lagu dan tarian, memang 'fresh' dan sangat sempoi.

Ada part yang kita boleh rasa nak marah sangat dan tak kurang juga banyak juga babak yang sedih terutama melibatkan kasih-sayang dan kekeluargaan. Tapi opkos la kalau cerita lakonann Rajinikanth ini lebih banyak aksi yang agak gempak. Memang tak berkelip mata apabila menontonnya.

Dan baru-baru ini ketika saya hadir untuk majlis preview ini, saya berkesempatan menemui dengan Norman Hakim yang kalau tidak silap saya beliau pernah berlakon didalam filem yang didukungi juga Rajinikanth iaitu Kabali.
Saya suka dengan nyanyian lagu tamil oleh Muadz . Sedap betul suaranya, tak sangka berbakat juga menyanyi dalam bahasa tamil.

Zizi Kirana yang juga peminat filem tamil tidak melepaskan peluang untuk menonton cerita Petta ini. Kelihatan ramai lagi selebriti Malaysia yang hadir sama ke majlis tayangan preview filem Petta ini dan rata-ratanya memang berpuas hati dengan lakonan Rajinikanth yang tidak pernah mengecewakan.

Petta ini kisah tentang perjuangan seorang lelaki yang ingin menuntut keadilan terhadap keluarganya. Namun terdapat pelbagai rintangan dan cubaan yang perlu Petta hadapi bagi merealisasikan misinya itu. Terdapat juga babak cinta antara Petta dan Simran dan juga ada juga babak yang kelakar dan mampu membuatkan satu panggung tergelak besar.


Saya dan tonton Petta, uolls bila lagi :p

Comments

Popular Posts