Sengat Keremajaan Safi Rania Gold


 
Sejak zaman berzaman, manfaat madu yang terhasil daripada lebah madu sentiasa digunakan di dalam penghasilan kebanyakan produk. Walau bagaimanapun, kajian teknologi telah menemukan bahawa bisa lebah berupaya untuk meningkatkan keanjalan kulit dan memberikan wajah yang gebu. Selain itu, bisa lebah turut mendapat gelaran “jawapan alam untuk botox”, disebabkan sifatnya yang meransang penghasilan kolagen secara semula jadi pada wajah. Proses mengeluarkan bisa lebah yang rumit serta populariti yang di raih menjadikan produk- produk berasaskan ‘sengatan emas’ ini kelihatan mewah dan dijual pada harga yang sangat tinggi. Memahami impian setiap wanita untuk kelihatan muda remaja sepanjang masa, SAFI Rania Gold- rangkaian penjagaan wajah Halal nombor 1 di Malaysia tampil membawakan solusi anti penuaan dengan sentuhan emas Teknologi BEETOX seterusnya menghasilkan bingkisan keremajaan yang diidam-idamkan ini mampu dimiliki semua.

 

Tidak dinafikan, kehebatan manfaat penyembuhan yang terhasil dari madu juga telah lama di amalkan bagi tujuan kesihatan dan penyembuhan. Kitab suci Al-Quran dan Hadis Nabi juga pernah merujuk kepada madu sebagai penyembuh penyakit. Madu sifatnya sama seperti lebah, sangat penting di dalam pembangunan dan evolusi manusia. Selain madu, lebah turut mencipta perkara lain. Jeli diraja (Royal Jelly) yang di hasilkan oleh Lebah Jururawat misalnya merupakan antara penghasilan yang sering dicari di atas muka bumi ini. Cairan pekat yang diperkaya dengan protein ini asalnya digunakan sebagai makanan kepada larva. Manakala Propolis yang turut dikenali sebagai gam lebah pula merupakan bahan lekit yang dikumpul oleh Lebah Pekerja dari tumbuhan dan pokok seterusnya digunakan untuk menutup rekahan pada sarang lebah.  

 

Mengambil inspirasi daripada gabungan kecanggihan teknologi dan keajaiban alam semula jadi, Safi Rania Gold berbangga untuk memperkenalkan Nano Gold 24K dengan Teknologi BEETOX. Nano Gold 24K bersulamkan amino peptide memberikan aksi berganda bagi meningkatkan proses sintesis kolagen I dan III seterusnya meningkatkan penghasilan kolagen 2 kali ganda. Teknologi BEETOX yang dicipta merupakan gabungan keajaiban – Bisa Lebah, Madu, Jeli Diraja dan Propolis. Ia bukan sahaja berkesan untuk menguatkan struktur dalaman kulit dengan mengaktifkan pengeluaran kolagen, formulasi ini juga boleh merawat dan menghalang penuaan. Hasilnya- tekstur kulit wajah akan kelihatan muda remaja secara semulajadi.

“Berdasarkan kajian bebas yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia baru-baru ini, 88% daripada 160 orang pengguna wanita Melayu berusia 25-35 menggunakan produk Safi Rania Gold selama 14 hari telah bersetuju bahawa produk ini menjadikan kulit mereka lebih tegang dan anjal. Manakala 80% bersetuju bahawa produk Safi ini menjadikan kulit mereka kelihatan lebih muda,” ujar Encik Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia.

“Bingkisan Emas Sang Ratu Lebah” – Eliksir Keremajaan Safi Rania Gold, formulasi dwi aksi untuk menggandakan kuasa anti-penuaan dan anti-pigmentasi. Antara manfaat Eliksir adalah:

  1. Bee-Tox menghasilkan kulit yang tegang dengan segera seakan-akan sengatan lebah. Ia juga diperkuat dengan Propolis dan Nano Gold yang bertindak mengurangkan kedutan, menghaluskan tekstur kulit wajah, dan mengembalikan keanjalan kulit.
  2. Ia mengandungi bahan-bahan aktif yang mencerahkan kulit wajah, Vitamin C, dan NutrixBright Complex yang berkesan melawan pigmentasi dalam masa 2 bulan dan mencerahkan tona kulit, seterusnya meningkatkan seri pada wajah.
  3. Serum dwi-aksi yang diadun dengan pati minyak berkhasiat yang seimbang dan aqua phase yang menyegarkan agar kulit terasa licin dan lembut sehalus sutera selepas dioles.
  4. Formulasi penyerapan yang pantas dan tidak melekit memberikan pengalaman yang menyenangkan tanpa rasa tidak selesa pada kulit.

 
“Untuk mendapatkan kulit wajah muda remaja, pastikan anda tidak lupa untuk membersihkan wajah dan gunakan pelembap sepanjang hari, skrub setiap minggu dan lindungi kulit anda dari sinaran matahari. Dengan penggunaan produk yang betul pada wajah, anda akan melihat hasilnya dalam masa yang singkat,” kongsi Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza Malaysia.


Comments

Popular Posts