Promosi Hebat di Tony Roma's Sepanjang Bulan Ramadhan
Salah satu tempat kegemaran saya adalah Tony Roma's. Ini kerana kualiti daging yang digunakan adalah daripada jenis premium dan terbaik. Untuk sepanjang bulan ramadhan tahun ini Tony Roma's telah memperkenalkana dua menu terbaru iaitu 'Selera Iftar' dan 'Meriah Meal'. Saya telahpun menikmati kedua menu ini dan ianya memang terbaik.
Selera Iftar : Lamb Ribs Roma Rack bersama sos honey plum, 1/2 ayam BBQ, Beef Riblet bersama sos original TR, coral mix salad, jagung, 2 baguette, 4 mashed potatoes atau nasi dan 4 sup (soup of the day). Harga untuk set ini adalah RM168.80 nett. Set ini sesuai untuk dinikmati antara 3-4 orang.
Di Tony Roma's juga ada menawarkan set ayam BBQ seperti Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken,Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken dan TR Original BBQ 1/4 Chicken.
Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken :1/4 Ayam BBQ yang telah digrill bersama sensational sos BBQ. Didatangkan bersama dengan jagung, coral salad dan nasi kuning atau mashed potatoes.
Terdapat juga set TR Original BBQ 1/4 Chicken. Seperti set menu diatas ianya 1/4 ayam BBQ yang telah digrillkan bersama TR Original BBQ sauce, yang juga didatangkan bersama jagung, coral salad dan nasi kuning ataupun mashed potatoes. Kepada peminat sos asal TR pasti akan memilih set ini. Harga setiap satu adalah RM30.90 nett sahaja.
Terdapat juga hidangan 'lamb' (kambing) yang boleh korang cuba iaitu Lamb Flatbread, Lamb Burger dan Lamb Pasta. Untuk Lamb Flatbread (berharga RM55 nett) ianya adalah flatbread yang sangat ranggup bersama topping kambing bakar (grilled lamb), keju Harvati yang telah dicairkan, crumbled blue cheese, wild mushroom, red peppers, chives dan cream horseradish sauce. Manakala Lamb Burger (berharga RM55 nett) adalah daging burger kambing yang padat dan tebal isinya, dikapit dengan roti bersama keju, salad, tomato segar dan sos istimewa. Lamb Pasta (RM40.90 nett) pasti menjadi kegemaran kanak-kanak. Ianya didatangkan dengan sos marinara.
Hidangan di Tony Roma's juga boleh dibuat tempahan melalui servis penghantaran makanan seperti Grab Food dan Honest Bee. .
Ulasan
Catat Ulasan