Susu Fernleaf UHT Memberi 100mmmmm Kebaikan


Menikmati susu setiap hari memang diamalkan sejak saya kecil lagi. Ini kerana untuk satu gelas susu sahaja sudah mempunyai banyak khasiat yang diperlukan oleh badan. Untuk pengetahuan semua, susu terbaik adalah daripada lembu ternusu di padang ragut di New Zealand.


 Ladang di New Zealand diusahakan secara semulajadi oleh ke semua pekerja/pemilik ladang lembu ternusu. Mereka ini memberikan kebebasan kepada lembu untuk meragut rumput di padang yang subur dengan tenang dan gembira.

Jadi tidak hairanlah susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan diguna oleh tubuh badan. Ianya juga mempunyai nutrien penting lain seperti protein, vitamin A dan vitamin D.

Semua lembu tenusu di New Zealand di berikan kebebasan meragut rumput. Dengan tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat terbaik memelihara dan membiakkan lembu ternusu.

Dengan 90% masa lembu ini meragut rumput yang segar pada cuaca cerah dan nyaman, secara tidak langsung hasil susu yang dikeluarkan cukup dengan zat seperti vitamin D. Tidak hairanlah lembu tenusu di New Zealand menghasilkan kandungan tinggi vitamin D berbanding lembu yang terperap dalam kandang.

Persekitaran yang selesa menyebabkan lembu ternusu di New Zealand dapat menghasilkan susu dengan banyak tanpa perlu bantuan daripada segala ubatan atau penggalak susu.

Fonterra selaku pengeluar susu Fernleaf merupakan peneraju industri susu yang cukup otai dengan lebih 140 tahun pengalaman dalam perladangan ternusu. Setiap proses pengeluaran susu juga di teliti dan diambil berat bagi memastikan susu yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi.

Pastinya susu Fernleaf memberi 100% manfaat terjamin kepadas emua!

Jom minum susu Fernleaf setiap pagi :-)

Comments

Popular Posts