Sebanyak 200 dan Lebih Seleksi Makanan Yang Ditawarkan di Bangi Golf Resort

Terdapat banyak pilihan menu yang ditawarkan di BGR Buffet Ramadhan 2017 iaitu dari hidangan selera tradisional sehinggalah yang moden. Beberapa gerai masakan pana juga dibuka bagi menawarkan hidangan panas-panas yang dimasak secara 'live' untuk semua tetamu yang hadir di sini.

Antara hidangan melayu tradisi yang ditawarkan seperti Nasi Kerabu, Nasi Ayam Hainan dan Laksa Sarawak . Selain itu terdapat juga hidangan sate ayam dan daging, kuey teow goreng dan mee goreng mamak ditawarkan untuk semua pengunjung. Peminat masakan barat, bolehlah mencuba Sous Vide Eggs (antara signature hidangan dari BGR) dengan Cendawan Espuma, Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara. Saya juga begitu teruja dengan manisan seperti Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta pudding, agar-agar dan buah-buahan antara menu pencuci mulut yang menjadi pilihan. Terdapat juga Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse, ahaaah silalah datang ke BGR menikmati sendiri buffet ramadhan di sini.





















Disini disediakan tandas ruang solat yang cukup selesa dan terdapat juga tempat letak parkir yang agak banyak serta betul-betul bersebelahan dengan tempat berbuka puasa. 

Harga yang ditawarkan adalah:-

Dewasa : RM59.00 nett
Kanak-kanak : RM29.50 nett


Untuk tempahan sila hubungi ;

1-700-81-8557

Ulasan

Catatan Popular