Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam Dengan Lelongan Sehingga 85% Diskaun

Seronok dengar ~JAKEL BARULAH RAYA~ tema kempen JAkel Raya tahun ini memang meriah.

Untuk kempen tahun ini Jakel menampilkan Duta Raya mereka antara lain seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Upin Ipin, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara (Schawalara) serta Ayda Jebat. Turut bersama juga adalah duta wajah baru untuk tahun ini iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar.

Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sesi lelongan jualan untuk koleksi raya. Di mana setiap Duta JAkel Raya akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.


Selain daripada itu JAkel Sahah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya dengan memberikan baucer Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Pelanggan boleh menggunakan voucher ini untuk mendapatkan Baju Melayu dan Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA.


Jakel sentiasa memainkan peranan untuk memastikan kepuasan pelanggan terjaga. Sebagai sebuah pusat tekstil utama di Tanah air. Jakel juga adalah pengimport secara sendirinya bagi kemasukan fabric tanpa melalui orang tengah yang menyebabkan pelanggan dapat membeli fabrik dan pakaian pada kadar harga yang cukup murah dan berpatutan.Jakel juga menjangkakan koleksi edisi kali ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh Jakel.



 Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. memahami kehendak pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk penggemar fabric di luar sana. Jakel yang juga terkenal sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri esklusif tersendiri kerana ianya dicipta dari pereka 'in-house' Jakel sendiri.

Melihat kepada keadaan ekonomi yang sangat mencabar hari ini, ramai penggemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen esklusif. Sedar mengenai hal ini juga, Jakel tampil dengan rekaan yang lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.

Ke semua koleksi yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan princian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini juga bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan samasa muda atau tua, untuk mereka memeiliki koleksi pakaian daripada Jakel yang pastinya menimbulkan keanggunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka juga pasti terserlah.

 Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping berserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini juga Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta bagi mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya, selain itu rekaan kurta ini juga mesra wuduk.

Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel mengeluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah label Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak lelaki juga memberikan hari yang menjimatkan bermula RM39. 



Koleksi Hanis, Hairul dan Yusuf Iskandar

  • Hanis Zalikha
Rekaan versatile dan elegan serta classy mengangkat lecirian tradisional menjadikan koleksi ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabric sangat selesa dan setiap rekaan dihasilkan memang dijahit kemas.
  • Hairul Azreen
Diperbuat daripada cotton material yang bersesuaian dengan cuaca di Negara kita. Rekaannya berkonsep moden yang mana di setiap bahagian sisi diberikan potongan tepi. Rekaan untukkoleksi Hairul juga mesra wuduk.
  • Yusuf Iskandar
Baju melayu yang bermotifkan 'round neck' dimana ianya membantu memberikan keselesaan kepada si kecil. Penggunaan fabric cotton yang bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan kulit kanak-kanak. Pilihan warna juga pelbagai jadi mudah untuk disesuai padankan dengan pakaian orang dewasa.


Koleksi Schawalara

  • Awal Ashaari
Direka khas dengan memberikan kemasan pada leher, poket dan motif warna. Di samping itu, memberikan rekaan Awal juga mempertengahkan potongan 'shirt' tanpa pesak seperti kebiasan baju melayu. Ia mampu memberikan kemasan apabila digayakan bersama sampin. Selain itu untuk koleksi Awal terdapat juga pilihan kurta untuk digayakan di Hari Raya
  • Scha Al-Yahya
Koleksi Scha adalah kurung moden yang dihasilkan daripada fabric-fabric berkualiti seperti fabric kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi.
  • Lara Alana
Koleksi pakaian Lara direka dengan lebih 20 rekaan yang menggunakan jenis fabric yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberi kelainan baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butioran lace dan butiran beads untuk menceriakan karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti.



Ingat Jakel, Barulah Beraya!!!

Jom ke Jakel!!!















Comments

Popular Posts