Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 di Mydin USJ Memang Meriah!


 Memang meriah sangat rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak Mydin USJ pada hari Jumaat yang lepas. Pelbagai acara pentas menarik, lontaran kuiz dengan begitu meriah hadiah yang disediakan benar-benar menarik ramai pengunjung setia Mydin menyertainya untuk tahun kali ini. Rumah terbuka ini turut diserikan dengan kehadiran 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong Selangor.

 Apatah lagi bagi pelanggan yang berbelanja sebanyak RM80 ke atas berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja, bahkan pengunjung-pengunjung Mydin yang hadir ke acara tersebut boleh juga menikmati pelbagai juadah yang enak-enak dari pehik penganjur dan penaja. Ada kambing bakar, lemang, ketupat, mee, air dutch lady, kopi check up dan banyak lagi.











Ternyata majlis seperti ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim, memupuk semangat kekitaan dan menzahirkan rasa muafakat dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan kaum :)

Ulasan

Catatan Popular